Filem terbaru “Exhuma” telah mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat.
“Exhuma” merupakan filem misteri yang mengisahkan tentang dua orang bomoh bersama seorang pengurus mayat dan seorang ahli feng shui yang diberikan tugas untuk memindahkan sebuah kubur misteri sebagai pertukaran dengan sejumlah wang yang banyak.
Pada 26 Februari, persatuan filem Korea telah mengumumkan bahawa filem tersebut telah berjaya mendapat lebih 2.3 juta tontonan dalam masa 4 hari selepas ianya ditayangkan di panggung wayang.
“Exhuma” juga telah menduduki tempat teratas ‘box office’ selama empat hari berturut-turut dan ianya sekaligus telah mengalahkan kedudukan filem “Dune: Part Two”.
Filem yang diterajui oleh barisan pelakon terkenal seperi Lee Do-hyun, Kim Go-eun, Choi Min-sik dan Yoo Hae-jin itu bukan sahaja berjaya mencapai kutipan pecah panggung terbesar di Korea pada 2024, malah ianya juga telah mencatatkan pencapaian yang menakjubkan bagi minggu pertama tayangan.
Terbaiklah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.