Ikuti Kami:

“Mana Boleh Rakam..” – Hadir Beri Sokongan Buat Lee Dohyun, Perbuatan Roh Jeongeui Ini Dikritik Netizen

“Mana Boleh Rakam..” – Hadir Beri Sokongan Buat Lee Dohyun, Perbuatan Roh Jeongeui Ini Dikritik Netizen

Hantaran Roh Jeong-eui mengenai Lee Do-hyun telah menjadi perbualan ramai.

Tayangan perdana “Exhuma” yang dibintangi oleh Lee Do-hyun telah diadakan pada 21 Februari. Di mana, ianya telah dihadiri oleh barisan pelakon terkenal termasuk Roh Jeong-eui.

Roh Jeong-eui yang sebelum ini pernah membawa watak sebagai anak perempuan Lee Do-hyun di dalam drama “18 Again” telah hadir untuk memberikan sokongan terhadap pelakon lelaki itu.

Selain daripada menghantar gambar dirinya yang sedang menunjukkan foto Lee Do-hyun di telefon bimbit, pelakon wanita tersebut turut membuat hantaran yang memaparkan babak kredit daripada filem itu.

Perkara ini sekaligus telah menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menegur perbuatan Roh Jeong-eui yang secara terang-terangan melakukan penggambaran secara haram.

roh-jeongeui-instagram

Meskipun begitu, masih juga terdapat segelintir yang membela Roh Jeong-eui serta menyatakan bahawa ianya merupakan perkara biasa bagi orang ramai untuk menyiarkan babak kredit, terutamanya jika mereka mengenali pelakon tersebut.

Antara komen netizen ialah,

Mana boleh rakam babak kredit.

 

Babak kredit juga mempunyai hak cipta!

 

Walaunpun ianya tidak dibenarkan, tapi masih ada ramai lagi yang lakukannya.

 

Ramai lagi orang yang membuat hantaran babak kredit filem di Instagram.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...