Diterajui Barisan Pelakon Terkenal, Foto Teaser ‘Exhuma’ Papar Suasana Ngeri Tanah Perkuburan
- oleh najmina
- 2 tahuns lalu
Filem “Exhuma” yang akan datang telah mengeluarkan beberapa gambar teaser baharu.
“Exhuma” ialah sebuah filem misteri yang merungkai peristiwa pelik yang melibatkan seorang ahli feng shui, tukang mayat, serta dua bomoh ketika mereka memindahkan kubur misteri sebagai pertukaran dengan sejumlah wang yang besar.
Pelakon Choi Min-sik telah mengetuai filem itu sebagai ahli feng shui yang bernama Sang-deok, yang ditugaskan untuk mencari lokasi kubur tersebut. Manakala, Kim Go-eun memegang watak sebagai Hwa-rim, seorang bomoh yang boleh menenangkan dendam roh.
Tidak ketinggalan, Yoo Hae-jin akan menjadi seorang tukang mayat yang bernama Young-geun dan Lee Do-hyun membawa watak Bong-gil, seorang bomoh yang mahir dalam menggunakan mantera.

Di dalam gambar teaser yang dikeluarkan, kelihatan beberapa babak seram serta serius yang telah ditunjukkan. Antaranya ialah babak mereka mengangkat keranda mayat dan berbincang di kawasan perkuburan.
Malah, gambar yang dikeluarkan juga turut mempamerkan suasana resah yang dihadapi oleh empat watak utama yang terjerat di dalam sebuah kes misteri.

Sementara itu, filem “Exhuma” ini akan mula ditayangkan di pawagam pada bulan Februari 2024.
Tak sabar nak tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




