Ikuti Kami:

Karya Arahan Ha Jungwoo, Cha Jooyoung Cabar Diri Terajui Filem Komedi ‘Lobby’

Karya Arahan Ha Jungwoo, Cha Jooyoung Cabar Diri Terajui Filem Komedi ‘Lobby’

Pelakon Cha Joo-young telah mengesahkan penglibatannya di dalam filem “Lobby”.

Pada 21 Disember, syarikat produksi filem “Lobby” telah mendedahkan bahawa filem tersebut akan diterajui oleh pelakon Cha Joo-young dan penggambarannya sedang dijalankan.

Filem komedi yang diarahkan oleh pelakon terkenal Ha Jung-woo ini, mengisahkan tentang lelaki yang cuba untuk memenangi kontrak kerajaan dengan membawa para pembiaya untuk pergi bercuti sambil bermain golf.

Dalam masa yang sama, filem “Lobby” yang juga merupakan karya ketiga yang diarahkan oleh Ha Jung-woo ini juga dijangka akan mempersembahkan komedi ‘gaya’ Ha Jung-woo yang tidak akan dapat dijumpai di mana-mana filem.

lobby

Selain daripada Cha Joo-young, antara pelakon lain yang bakal muncul di dalam filem ini ialah Kim Eui-sung, Lee Dong-hwi, Kang Ha-rim, Kang Mal-geum, Park Byung-eun dan ramai lagi.

Penggambaran bagi filem ini telah mula dijalankan pada Septermber 2023 dan dijangka akan tamat pada awal tahun 2024.

Mesti gempak kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...