Ikuti Kami:

Diterajui Lee Jehoon & Yoo Haejin, Pengarah ‘Morald Hazard’ Didakwa Plagiat Karya Penulis Lain?

Diterajui Lee Jehoon & Yoo Haejin, Pengarah ‘Morald Hazard’ Didakwa Plagiat Karya Penulis Lain?

Filem “Moral Hazard” yang dilakonkan oleh Lee Je-hoon dan Yoo Hae-jin telah terlibat di dalam kontroversi plagiat.

Menurut Ilgan Sports pada 19 Disember, Ketua Pegawai Eksekutif Film Blossom, Choi Yoon-jin yang bertanggungjawab dalam mengarahkan filem “Moral Hazard” telah memplagiat karya orang lain.

Isu ini muncul selepas Choi Yoon-jin menandatangani kontrak produksi bersama untuk “Moral Hazard” dengan syarikat produksi The Lamp. The Lamp dilaporkan telah menyedari kewujudan karya asal iaitu “Deep Sea” yang ditulis oleh penulis Kim Ki-yong.

Terlebih dahulu, Choi Yoon-jin telah melihat karya “Deep Sea” yang dikemukakan oleh penulis Kim Ki-yong. Dimana, mereka telah menandatangani kontrak serta membuat beberapa perubahan kepada tetapan cerita tetapi kontrak tersebut diakhiri di pertengahan jalan.

Disebabkan itu, filem “Moral Hazard” kini berada dalam kontroversi mengenai pertikaian tentang siapa yang sepatutnya diberi kredit sebagai penulis skrip utama.

moral hazard (2)

Dalam masa yang sama, penulis “Deep Sea” iaitu Kim Ki-yong turut membuat aduan jenayah atas pelanggaran hak cipta terhadap Choi Yoon-jin dan kes ini akan dinilai semula sehingga 27 Disember.

“Moral Hazard” merupakan filem yang mengisahkan tentang konfrontasi antara syarikat soju nombor 1 Korea, yang berada dalam ambang kebankrapan, dan pelabur global yang menyasarkan syarikat yang hampir bankrap. Filem ini menampilkan pelakon terkenal Lee Je-hoon dan Yoo Hae-jin sebagai watak utama.

Harap segala isu mengenai filem ini akan dapat diselesaikan dengan adil.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...