Ikuti Kami:

Spekulasi Timbul, Ini Garis Masa Konflik Percintaan Antara Ryu Junyeol Dengan Hyeri & Han Sohee

Spekulasi Timbul, Ini Garis Masa Konflik Percintaan Antara Ryu Junyeol Dengan Hyeri & Han Sohee

Suatu ketika dahulu, tiada siapa akan menyangka bahawa tiga nama ini iaitu Ryu Jun-yeol, Han So-hee dan Hyeri akan terlibat dalam isu cinta tiga segi?

Sejak kelmarin, dunia hiburan Korea telah digemparkan dengan berita di mana ada yang terlihat Ryu Jun-yeol dan Han So-hee bermesra di tepian kolam di sebuah hotel mewah di Hawaii. Pun begitu, mereka dengan pantas menafikan hal tersebut dengan menjelaskan bahawa mereka ke sana atas urusan berasingan.

Namun begitu, Hyeri iaitu bekas kekasih Ryu Jun-yeol secara tiba-tiba memuat naik foto di Instagram dengan kapsyen ‘kelakar’ seolah-olah menujukan perasaannya terhadap situasi itu.

Han So-hee kemudiannya meluahkan perasaan di Instagram mengatakan bahawa dia tidak pernah mengambil kekasih orang lain dan turut menggunakan ayat ‘Saya juga rasa kelakar’ bagi menjelaskan situasi ini. Pun begitu, wanita itu bikin kejutan apabila mendedahkan kenyataan baru pada pagi ini di mana dia mengakui sedang bercinta dengan Ryu Jun-yeol dan meminta maaf atas keterlanjuran kata.

hyeri ryu junyeol

Bagi menjelaskan mengenai susur masa jalinan hubungan antara ketiga-tiga pelakon ini, lihat turutan kejadian berkenaan:

Ogos 2017: Hyeri dan Ryu Jun-yeol mengakui sedang bercinta selepas berlakon drama “Reply 1988”.

Awal 2023: Menurut kenyataan Han So-hee, dia mengetahui Ryu Jun-yeol dan Hyeri sudah pun berpisah ketika ini.

November 2023: Agensi keduanya mengumumkan perpisahan di mana mereka memilih untuk menyokong satu sama lain sebagai rakan sekerja sahaja.

November 2023: Han So-hee melawat pameran foto Ryu Jun-yeol atas dasar ingin bertegur sapa kerana bakal bekerjasama dalam projek yang sama.

Januari 2024: Ryu Jun-yeol dan Han So-hee mula bercinta selepas mengesahkan perasaan mereka.

Mac 2024: Khabar angin percintaan Ryu Jun-yeol dan Han So-hee berterbangan sehingga memulakan kontroversi ini.

Harap reda lah kes ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...