Ikuti Kami:

“First Time Artis Korea Gaduh” – Isu Percintaan Dengan Ryu Junyeol, Han Sohee Dituduh Perli Hyeri?

“First Time Artis Korea Gaduh” – Isu Percintaan Dengan Ryu Junyeol, Han Sohee Dituduh Perli Hyeri?

Tak kan sebab seorang lelaki, dua perempuan sampai bergaduh kan?

BACA: Unfollow Ryu Junyeol & Beri Mesej Tersirat Buat Isu Percintaan Bekas Kekasih & Han Sohee, Ini Respon Hyeri

Pada pagi ini, dunia hiburan Korea digemparkan dengan berita Ryu Jun-yeol yang dikatakan sedang menjalin hubungan dengan Han So-hee dan ditemui peminat sedang bercengkerama di tepi kolam di sebuah hotel mewah di Hawaii.

Walau bagaimanapun, agensi kedua-dua pelakon tersebut menafikan hal berkenaan dan mengatakan bahawa mereka ke sana atas urusan berasingan. Api semakin marak apabila Hyeri iaitu bekas kekasih Ryu Jun-yeol memuat naik Instagram Story dengan kapsyen ‘Kelakar’ seolah-olah menujukan ayat itu kepada kisah berkenaan.

Bagi yang tidak mengetahui, Hyeri dan Ryu Jun-yeol mengumumkan perpisahan mereka pada November lalu selepas 8 tahun menjalinkan hubungan cinta. Malah ada khabar angin turut berterbangan mengatakan bahawa Han So-hee sudah pun mula rapat dengan pelakon lelaki itu pada bulan yang sama apabila dia dilihat menghadiri pameran foto Ryu Jun-yeol.

han sohee hyeri

Kemudian, Han So-hee sendiri tampil memberikan kenyataan sendiri di Instagram miliknya. Jelasnya,

Saya pun tak suka orang yang dah ada kekasih. Saya tak memberi mereka ruang atas nama kawan. Saya tidak menunjukkan minat, menjalinkan perhubungan atau mengganggu hubungan orang lain. Saya suka program cinta ‘Love Transit’ tetapi ia bukan dalam hidup saya. Ia juga kelakar buat saya.

Disebabkan perkataan ‘kelakar’ yang digunakan di hujung ayatnya, ramai menganggap Han So-hee seolah-olah menujukan ayat itu buat Hyeri yang menggunakan perkataan yang sama.

Macam-macam..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...