Ikuti Kami:

Sooyoung Girls’ Generation Dilamar Berlakon Bersama Ji Changwook Dalam ‘Tell Me Your Wish’

Sooyoung Girls’ Generation Dilamar Berlakon Bersama Ji Changwook Dalam ‘Tell Me Your Wish’

Nampaknya Ji Chang-wook mungkin bakal bergandingan dengan Soo-young (Girls’ Generation) dalam sebuah drama baru nanti.

Menurut sumber industri, Soo-young akan menjadi heroin dalam drama “Tell Me Your Wish” yang turut ditawarkan buat Ji Chang-wook sebelum ini.

Respon agensi ahli Girls’ Generation itu,

Dia ada menerima tawaran daripada ‘Tell Me Your Wish’ dan kini sedang menelitinya.

drama tell me your wish“Tell Me Your Wish” ialah mengenai seseorang yang berimpian untuk ‘mati dengan baik’. Ianya akan menyingkap pelbagai kisah yang berlaku di pusat penjagaan hospital di mana ‘kanak-kanak dewasa’ menimbulkan huru-hara bersama.

Soo-young dilamar untuk membawa watak Seo Yeon-joo, ikon kepada kecergasan dan merupakan seorang jururawat yang obses dengan kesihatan.

Khabarnya, drama ini akan menemui penonton pada separuh kedua tahun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...