Ikuti Kami:

Pesakit Tiada Harapan Sembuh, Ji Changwook Dilamar Terajui Drama ‘Tell Me Your Wish’

Pesakit Tiada Harapan Sembuh, Ji Changwook Dilamar Terajui Drama ‘Tell Me Your Wish’

Banyak juga drama yang ditawarkan kepada Ji Chang-wook kan sejak kebelakangan ini?

Terbaru, lelaki itu dikatakan akan menjadi teraju utama dalam drama bertajuk “Tell Me Your Wish”. Malah agensinya turut menyatakan bahawa pelakon tersebut ada menerima tawaran berkenaan dan sedang menelitinya kini.

“Tell Me Your Wish” menceritakan kisah individu yang mengimpikan ‘kematian baik’. Drama ini akan membawa penonton melihat proses menyelamatkan ‘kanak-kanak dewasa’ yang melalui kesukaran di pusat jagaan hospis.

ji changwook

Ji Chang-wook dilamar untuk melakonkan watak Yoon Gye-re, seorang lelaki yang lari daripada kematian. Dia merupakan ‘kanak-kanak dewasa’ yang tiada keinginan dan kemahuan untuk hidup tapi masih berpaut dengan pembawaannya yang dingin. Apabila dia berasa dekat dengan kehidupan dan kemahuan untuk hidup, dia akan sakitkan diri dengan mencacah tatu baru. Penonton pastinya akan mahu lelaki itu untuk menjalani kehidupan bahagia, meskipun sekejap sahaja.

Korang nak tak lihat Ji Chang-wook sebagai pesakit di pusat jagaan hospis?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...