Ikuti Kami:

Sooyoung Dedah GIRLS’ GENERATION Akan Comeback Dengan Album Penuh Ogos Nanti

Sooyoung Dedah GIRLS’ GENERATION Akan Comeback Dengan Album Penuh Ogos Nanti

Setelah lama tidak aktif sebagai satu kumpulan, pasti ramai peminat yang sudah teruja untuk menantikan kemunculan semula GIRLS’ GENERATION, kan?

Pada siaran 4 Julai rancangan bual bicara tvN “Take Care of Me This Week”, salah seorang ahli GIRLS’ GENERATION iaitu Soo-young, telah menyertai hos Sung Dong-il dan Go Chang-suk untuk melawat set “Mr. Sunshine” dan terokai pelbagai makanan dan minuman.

Ketika sedang seronok berborak antara satu sama lain, Soo-young membuat satu pengakuan,

Apa yang saya sedar dalam hidup ialah…wang yang saya peroleh sebelum umur 30-an bukanlah wang saya. Saya rasa wang yang saya perolehi sebelum umur 30-an hanyalah nasib. Wang yang saya perolehi selepas mencecah 30 tahun sudah mula berasa sangat berharga.

sooyoung snsd

Sambungnya lagi sambil memberi nasihat kepada idola ‘junior’,

Kepada junior saya, saya ingin mengesyorkan menjadi berdikari dari segi kewangan dan emosi daripada persekitaran anda lebih awal, pada usia yang lebih muda. Itu kerana apabila anda mempromosikan dalam industri hiburan dari usia muda, anda tidak tahu apa itu berdikari, anda tidak tahu siapa anda, dan masa berlalu begitu sahaja. Itulah sebabnya anda benar-benar perlu mengambil masa untuk diri sendiri.

Akhirnya, Sung Dong-il bertanya kepada Soo-young sudah berapa tahun sejak kemunculan terakhir GIRLS’ GENERATION. Soo-young kemudiannya mengesahkan bahawa kumpulan itu akan mengeluarkan album penuh pada bulan depan dengan berkata,

Kami akan kembali buat kali pertama dalam tempoh lima tahun dengan album penuh.

girls' generation

Dalam pada itu, GIRLS’ GENERATION juga sedang dalam persiapan untuk rancangan hiburan solo mereka bersama JTBC berjudul ‘Soshi Tam Tam’, yang akan disiarkan pada awal Julai.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...