Utama K-Pop Sambut Ulang Tahun Ke-15, GIRLS’ GENERATION Sah Akan Comeback Ogos Ini

Sambut Ulang Tahun Ke-15, GIRLS’ GENERATION Sah Akan Comeback Ogos Ini

girls' generation

Siap sedia semua untuk kemunculan semula GIRLS’ GENERATION sebagai kumpulan penuh!

Pada 17 Mei, SM Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan itu sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan album baharu pada bulan Ogos, yang menandakan ulang tahun ke-15 mereka sejak debut mereka pada tahun 2007.

Selepas album studio keenam mereka “Holiday Night” pada Ogos 2017, ini akan menjadi kemunculan semula pertama mereka dengan kesemua lapan ahli dalam tempoh lima tahun.

girls' generation comeback

Seiring dengan keluaran album mereka, GIRLS’ GENERATION juga akan menyambut peminat menerusi pelbagai program TV dan rancangan realiti mereka sendiri.

Nantikan maklumat lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERNewsis
Loading...