Ahli TXT baru-baru ini telah mengadakan perjumpaan bersama peminat secara atas talian bersama dengan peminat bertuah untuk promosi secara berterusan untuk lagu terbaru mereka, “Good Boy Gone Bad”.
Pertemuan bersama peminat secara atas talian ini merupakan peluang yang baik untuk peminat bertanyakan soalan yang bermain di fikiran mereka kepada ahli-ahli TXT dan mendapatkan jawapan secara lansung daripada idola tersebut.
Sewaktu sesi ‘fansigns’ baru-baru ini antara Soo-bin dan MOA, salah seorang peminat menanyakan mengenai ciri-ciri atau jenis ideal seseorang wanita apabila bercakap tentang perkahwinan.
Daripada memberikan jawapan terperinci atau berkias mengenai jenis idealnya, atau mengenepikan soalan itu sepenuhnya, Soo-bin berterus terang dengan peminat tentang apa yang dirasakan serta jangkaan masa depannya berkaitan perkahwinan.
https://twitter.com/translatingTXT/status/1531518475843543040
Saya tak tahu bagaimana masa depan saya, tetapi saya merasakan seperti saya tidak mahu berkahwin.
Banyak komen pada laman sesawang Twitter sebenarnya adalah daripada peminat yang turut berpendapat sama seperti Soo-bin jadi dia pastinya tidak bersendirian soal perkahwinan.
Korang ada pemikiran yang sama tak?