Ikuti Kami:

TXT Sah Bakal Lancar Album Mini Mei Ini

TXT Sah Bakal Lancar Album Mini Mei Ini

Kumpulan idol yang pasti sangat digilai ramai, TXT atau Tomorrow x Together, yang terdiri daripada Soo-bin, Yeon-jun, Beom-gyu, Tae-hyun, Huening Kai telah mengesahkan bakal buat comeback pada 9 Mei ini.

TXT telah mengumumkan pelancaran album mini ke-4 mereka iaitu “Minisode 2: Thursday’s Child” pada 9 Mei melalui platform fandom iaitu global Weverse pada 14 April lalu.

Berdasarkan daripada setiap album yang dikeluarkan sehingga kini, TXT telah mendapat sokongan dan perhatian kebanyakkan daripada golongan generasi Z di seluruh dunia. Lagu-lagu yang dikeluarkan mempunyai unsur melodi yang penuh gaya, lirik-lirik yang menarik dan jalan penceritaan yang mengagumkan. Perkara ini terbukti apabila, TXT telah menduduki tempat ke 5 dalam carta Billboard 200 dengan album mereka “Chaos Chapter: FREEZE” dan mencapai pencapaian yang luar biasa pada carta global utama, seperti memasuki carta penyelesaian akhir tahun Billboard 200 pada 2021 .

TXT

Melalui siri ‘Dream Chapter’, bermula dengan album sulung “The Dream Chapter: STAR”, album penuh pertama “The Dream Chapter: MAGIC”, dan mini album ke-2 “The Dream Bab: ETERNITY”. Di mana melalui album ini, mereka berkongsi mengenai proses kemajuan diri mereka. Comeback bagi album mini ke-4 mereka, “minisode 2: Thursday’s Child” telah disahkan apabila poster bagi album mini itu dimuatnaik dalam akaun rasmi Instagram mereka.

Jadi, peminat-peminat TOMORROW X TOGETHER jangan lupa tanda kalendar anda untuk menjadi yang terawal untuk mendengar album terbaru nanti okay!

Jangan lupa kongsi pendapat anda nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...