Terbaru, Song Joong-ki dilaporkan bahawa dia telah pun selesai menjalani penggambaran untuk drama “Romantics Anonymous” di Jepun.
Tidak lama kemudian, agensi Song Joong-ki memberi respon,
Song Joong-ki akan membuat penampilan istimewa dalam drama Netflix Jepun ‘Romantics Anonymous’ yang diterajui Han Hyo-joo dan Oguri Shun.
Berdasarkan filem Perancis dengan nama yang sama, drama ini akan mengikuti kisah percintaan seorang pencinta coklat, yang bimbang selepas diupah untuk menjaga sebuah kedai coklat kecil. Ia akan mengikuti dua watak yang mempunyai kesukaran untuk bersosial namun mula menjadi rapat antara satu sama lain.
Kini, Han Hyo-joo dan Oguri Shun sedang menjalani penggambaran di Jepun dan “Romantics Anonymous” dijangka akan dikeluarkan di seluruh dunia menerusi Netflix pada 2025 nanti.
Sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.