Ikuti Kami:

Bawa Anak Bersiar-Siar, Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Song Joongki & Keluarga

Bawa Anak Bersiar-Siar, Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Song Joongki & Keluarga

Song Joong-ki telah dilihat bersiar-siar bersama keluarganya.

Terkini, pada 18 Mei lalu, seorang peminat telah terserempak dengan Song Joong-ki dan isterinya di sebuah taman di Korea dan pasangan bahagia itu dilihat sedang bersiar-siar bersama anak lelaki mereka.

Menurut peminat itu, ramai pengunjung di situ yang mengenali Song Joong-ki dan mereka turut meminta kebenaran untuk bergambar dengannya. Malah, Song Joong-ki juga dikatakan telah melayani peminat-peminatnya dengan ramah.

Walaupun begitu, ketika peminat ingin mengambil gambar isteri dan anaknya, Song Joong-ki telah menutup lensa kamera mereka dan meminta agar peminat tidak mengambil sebarang foto keluarganya demi untuk menjaga privasi kedua-duanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Song Joong-ki (@sjk_world_of)

Peminat itu berkata,

Dia sangat menjaga keluarga dia dan cuba untuk lindungi privasi kehidupan isteri dan anaknya.

Sementera itu, Song Joong-ki telah berkahwin dengan Katy Louise Saunders pada tahun 2023 yang lalu dan kedua-dua mereka telah menimang ahaya mata pada tahun yang sama.

Untungnya peminat yang dapat jumap keluarga Song Joong-ki ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...