Sekian lama menanti, akhirnya “2022 SBS Entertainment Awards” menghamparkan karpet merah buat selebriti yang aktif di saluran itu pada tahun ini.
Berlangsung di Prism Tower, SBS di Sangamdong, Mapo, Seoul, antara kemunculan yang dinantikan ramai sudah semestinya para ahli “Running Man”. Pun begitu, sayangnya Haha dan Yang Se-chan tidak dapat menghadiri acara berkenaan kerana dijangkiti COVID-19 baru-baru ini.
Semasa berada di karpet merah, kesemua ahli sempat berbual sedikit di mana Ji Suk-jin dan Kim Jong-kook memuji gaya Song Ji-hyo sebagai ‘Best Dress’
2022 SBS ENTERTAINMENT AWARDS <연예대상>
12월 17일 [토] 밤PHOTO WALL – 런닝맨 / Running Man Cut
[3/3]#SBS연예대상 #2022SBS연예대상 #연예대상 #SBS예능 #예능연구센터 #스브스예능 #스브스예능모음 pic.twitter.com/UHB3R9yjtS
— museo de namjoon 🖼️ 🌊 Indigo 🌊 (@kwonwoolee07) December 17, 2022
Kata lelaki berbadan sasa itu apabila diminta memuji pelakon wanita berkenaan,
Jarang saya dapat berdiri sama tinggi dengannya. Sebagai individu berpakaian terbaik, dia sangat cantik.
Dalam pada itu, Kim Jong-kook terus mengusik Song Ji-hyo mengatakan dia gergasi memandangkan dia kelihatan tinggi lampai dek kasut tinggi yang dipakai.
Ada apa-apa ke ‘Spartace’?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.