Ikuti Kami:

“Susah Nak Lawan..” – Tukar Slot, Penonton Risau ‘Running Man’ Bersaing Dengan ‘2 Days 1 Night’

“Susah Nak Lawan..” – Tukar Slot, Penonton Risau ‘Running Man’ Bersaing Dengan ‘2 Days 1 Night’

Siapa yang menantikan “Running Man” pada tahun 2023?

Untuk pengetahuan, program ini telah mengubah waktu tayangan dari 5.00 p.m. ke 6.20 p.m. bermula 1 Januari 2023. Khabarnya, perubahan ini dibuat bagi mensasarkan penonton yang lebih meluas dan pelbagai bermula tahun hadapan selain turut menandakan pertama kali program ini kembali ke dalam slot ini selepas 6 tahun.

Komen produksi “Running Man”,

Kami merancang pelbagai perlumbaan yang akan membuatkan anda ketawa dan menggembirakan dalam ketika mengubah zon masa.

Walau bagaimanapun, rata-rata penonton meluahkan rasa kecewa kerana perubahan yang dibuat secara drastik ini. Ini kerana ia diubah selepas 6 tahun dan penonton yang sudah terbiasa dengan waktu ini pastinya akan berasa keliru.

sbs running man

Malah ramai yang berasa risau memandangkan “Running Man” bakal bertemu dengan pesaing hebat iaitu musim ke-4 “2 Days 1 Night” di mana program berkenaan sentiasa meraih rating antara 9% ke 10%. Manakala rancangan SBS itu pula hanya berpuas hati dengan catatan 3% ke 4% sahaja kini.

Disebabkan itu, ramai yang tertanya-tanya sama ada keputusan mengubah slot tayangan ini akan membantu “Running Man” untuk mencapai rating yang lebih tinggi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...