Disebabkan oleh tema berlainan pada setiap minggu, sudah semestinya setiap ahli “Running Man” perlu memerah otak bagi menyediakan pakaian yang bersesuaian.

Terbaru, program itu telah melancarkan episod khas untuk seni mempertahankan diri bagi menyambut tetamu hebat iaitu Donnie Yen dan Jang Hyuk. Disebabkan itu kesemua ahli telah tampil seperti pahlawan termasuk Song Ji-hyo yang menyarungkan pakaian kulit serba hitam.
Usik Yoo Jae-suk,
Kenapa berpakaian seperti perisik? Bagaimana awak (pihak produksi) menyampaikan kostum ini?
Kelihatan keliru melihatkan persepsi ahli lain,
Saya berpakaian seperti Chunli.
Kongsi pengacara No 1 itu,
Walaupun Ji-hyo berkata seperti ini, tetapi selalunya dia akan menghubungi semasa dalam perjalanan ke rumah dan merajuk, ‘Oppa, pakaian saya agak tak berapa elok hari ini kan?’
Tambahnya.
Walaupun saya berkata ‘Tidak, saya hanya bergurau’, dia akan membalas, ‘Saya akan melakukan persiapan dengan lebih baik lagi nanti’. Dia seorang yang bercakap kuat di hadapan tapi merengek di belakang.
Mendengarkan perkongsian itu, Song Ji-hyo cuba menutup mulut Yoo Jae-suk dan tersipu malu.
Alaaa senang merajuk rupanya~
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉