Ada yang kata mereka tonton setiap episod “Running Man” kerana ingin melihat keserasian antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo?
Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli sempat berbual dahulu sebelum menjemput tetamu iaitu IVE untuk menyertai mereka. Seperti biasa, topik yang dibincangkan mereka ialah mengenai pakaian masing-masing.
Usik Haha selepas melihat Song Ji-hyo yang kelihatan tinggi,
Awak ni si kaki tinggi ke?
Balas wanita itu,
Kenapa? Saya pakai kasut tumit tinggi hari ini.
Selit Yoo Jae-suk pula,
Awak nampak terlalu tinggi. Kenapa tinggi sangat?
Jelas Song Ji-hyo,
Sebab ia tahun baru, jadi saya pakai kasut tumit tinggi.
Dari belakang, terdengar suara perlahan Kim Jong-kook,
Dia rajin pakai kasut tumit tinggi sejak kebelakangan ini.
Mendengarkan kata-kata lelaki berbadan sasa yang cuba ‘back-up’ Song Ji-hyo dari usikan ahli lain, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja kerana Kim Jong-kook yang sepertinya mengetahui setiap pergerakan dan pemakaiannya dalam diam.
Alalaaaa..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉