Lumrah menjadi selebriti, semestinya ada sahaja yang terselit kritikan dalam lautan pujian kan?
Sama seperti nasib yang dilalui Song Ji-hyo apabila entri terbarunya di Instagram menerima komen kurang enak dari beberapa pengikut.
Baru-baru ini, pelakon wanita itu telah memuat naik beberapa foto di belakang tabir penggambaran untuk jenama Katiacho sempena ulang tahun ke-30 mereka.
View this post on Instagram
Pun begitu, terdapat beberapa kritikan yang terselit di ruangan komen posting tersebut mengenai solekan dan stail yang digayakan Song Ji-hyo. Antaranya,
Buruk je..
Kenapa muka awak seperti itu.. sekarang pun dah cantik..
Namun majoriti dari komen di foto berkenaan dipenuhi dengan pujian peminat yang kagum melihat Song Ji-hyo kekal muda meskipun sudah menginjak usia 40-an.
Sedap je mulut…
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉