Ikuti Kami:

“Song Jihyo Lagi Pandai Dari Jeon Somin” – Peminat ‘Running Man’ Bincang Tentang ‘Hal’ Ini

“Song Jihyo Lagi Pandai Dari Jeon Somin” – Peminat ‘Running Man’ Bincang Tentang ‘Hal’ Ini

Tak disangkal ada sahaja pelakon Korea yang mengecap populariti selepas muncul dalam rancangan hiburan.

Antara dari mereka ialah pelakon yang menyertai “Running Man” seperti Song Ji-hyo, Lee Kwang-soo dan Jeon So-min. Malah tetamu yang pernah hadir dalam rancangan itu, ada yang menerima perhatian menggunung selepas itu, seperti Kang Han-ha, Lee Da-hae, Lee Do-hyun dan ramai lagi.

Dalam satu entri bertajuk ‘Jika difikirkan dengan teliti, Song Ji-hyo memang pandai’ yang dimuat naik di laman komuniti Korea baru-baru ini, netizen telah membincangkan mengenai keputusan Jeon So-min untuk meninggalkan “Running Man”,

Sejujrunya, saya terfikir perlu ke Jeon So-min sampai tinggalkan ‘Running Man’ hanya kerana mahu lebih fokus dengan kerjaya lakonan.. Memang bagus lah kalau berjaya dengan melakukan hal itu, tapi banyak kes di mana awak tak berjaya dalam hal itu dan ini.

running man

Komen yang lain,

  • Memang hebat lah kalau dapat buat duit dengan banyak.
  • Jadi, Jeon So-min ada muncul dalam mana-mana drama ke sekarang?
  • Kalau lama-lama berada dalam rancangan hiburan, mereka tidak dapat berkembang sebagai pelakon. Bahkan jika Lee Kwang-soo memainkan peranan yang serius, ia terasa aneh. Song Ji-hyo sepertinya telah mencapai tahap akhir sebagai pelakon, sementara Jeon So-min mungkin masih menanam harapan pada karier lakonan. Jika ingin menjadi pelakon, tidak seharusnya terlalu lama berada dalam rancangan hiburan.
  • Menurut saya, lebih tepat untuk mengatakan bahawa mereka keluar dari program hiburan bukan semata-mata untuk menumpukan kepada karier utama, tetapi kerana keletihan dan kesukaran yang timbul daripada penggambaran setiap minggu dalam program hiburan. Meskipun masalah imej adalah penting, tetapi kekurangan tenaga untuk melakukan pekerjaan utama setelah menggunakan tenaga dalam program hiburan juga merupakan faktor yang signifikan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   MLBPARK

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...