Ikuti Kami:

“Bekas Kekasih Dulu..” – Ju Jihoon Secara Tak Langsung Akui Pernah Bercinta Dengan Song Jihyo?

“Bekas Kekasih Dulu..” – Ju Jihoon Secara Tak Langsung Akui Pernah Bercinta Dengan Song Jihyo?

Rasanya ramai yang pernah mendengar khabar angin mengenai jalinan cinta antara Song Ji-hyo dan Ju Ji-hoon selepas bergandingan dalam “Princess Hours”?

Terbaru, lelaki itu telah menghadiri program Sung Si-kyung ‘We Will Meet’ di YouTube untuk mempromosikan drama terbaru “Blood Free”. Malah Heechul dari Super Junior turut menjadi tetamu dalam episod berkenaan.

Semasa sedang berbual, secara tiba-tiba Ju Ji-hoon membuat pengakuan mengejut selepas memandang Heechul dengan lama,

Saya dari dulu terfikir. Awak kan banyak cakap, jadi saya asyik memmerhatikan awak.. Hati saya berasa tersentuh.. kerana awak sangat seiras dengan bekas kekasih saya. Memang serupa sangat!

Ahli Super Junior itu kemudiannya membuatkan semua tertawa,

Bekas kekasih awak pelakon Kim Byung-ok ke? Sebab ramai yang cakap saya sama dengannya.

Pendedahan Ju Ji-hoon itu nyata menjadi bualan hangat di X memandangkan Heechul acap kali sering dikatakan mempunyai iras wajah Song Ji-hyo yang juga merupakan rakan baiknya sejak mereka sama-sama menjadi hos “Inkigayo”. Malah pelakon wanita itu sendiri pernah mengakuinya sebelum ini.

Wow, adakah benar spekulasi lama?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...