Ikuti Kami:

“Saya Risau..” – Ju Jihoon Ulas Tentang Percintaan & Perpisahan, Netizen Petik Nama Song Jihyo

“Saya Risau..” – Ju Jihoon Ulas Tentang Percintaan & Perpisahan, Netizen Petik Nama Song Jihyo

Kadang kala, tak semua percintaan selebriti Korea dihebahkan pada umum dan cukup diketahui oleh orang di dalam industri sahaja.

Terbaru, Ju Ji-hoon telah menjadi tetamu program “Zzan Bro” di mana dia berbincang mengenai pelbagai topik termasuklah hal kerjaya dan kehidupan peribadi. Antara soalan yang ditanya buatnya ialah sama ada dia berbual dengan teman rapat mengenai perkahwinan. Jawabnya,

Kami selalu berbual mengenainya. Malah, ia merupakan salah satu topik perbincangan. Saya juga menonton tentang isu kadar kelahiran tapi saya tak pernah terfikir sekiranya saya mahu berkahwin. Namun saya memikirkannya kini.

Jelas Ju ji-hoon dengan jawapan realistik, dia tidak pasti sekiranya dia boleh menjadi pasangan atau ayah yang baik kerana terlalu sibuk bekerja dan jarang berada di rumah. Kadang kala, jadual penggambaran yang padat memerlukannya berada di luar negara atau luar kawasan selama berbulan.

ju jihoon song jihyo

Kata Ju Ji-hoon lagi,

Saya merasakan perkahwinan adalah sesuatu yang akan berlaku secara semula jadi tanpa perlu berasa risau mengenainya tapi selepas bercinta dan berpisah, ada soalan penting yang timbul. Berbanding perkahwinan, saya terfikir sama ada saya boleh menjadi pasangan yang lebih baik, jadi saya tak bersedia.

Bagi yang tidak mengetahui, Ju Ji-hoon pernah digosipkan bersama Song Ji-hyo kerana ramai orang industri mengatakan mereka bercinta selepas muncul bersama dalam “Princess Hours”. Jarang mebgulas mengenai hal cinta, sepertinya jawapan Ju Ji-hoon mengenai hal cinta ini membuatkan ramai yang mengimbau memori mereka berdua dahulu.

Sepadan apa kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...