Ikuti Kami:

“Peduli Lah!” – Song Jihyo Tiba-Tiba Dikecam Dah Tiada Imej Pelakon, Tak Sangka Ini Respon Netizen

“Peduli Lah!” – Song Jihyo Tiba-Tiba Dikecam Dah Tiada Imej Pelakon, Tak Sangka Ini Respon Netizen

Duduk buat kerja pun, ada yang tetap tak puas hati..

Terbaru, satu artikel telah disiarkan satu media Korea mengenai karier seni Song Ji-hyo kini. Di awal berita itu, wartawan menyambut projrek terbaru wanita itu sebagai hos program kecantikan terbaru bertajuk “Hemeko Show”. Walau bagaimanapun, ia berubah pasif apabila artikel itu menyelar imej Song Ji-hyo yang lebih kelihatan seperti penghibur kini dan bukan kerja hakikinya, pelakon.

Sudah beberapa kali menghoskan program kecantikan seperti “Get It Beauty”, “Song Ji-hyo’s Beauty View” dan “Song Ji-hyo’s Beautiful Life”, wartawan ini menghembus nafas apabila dia sekali lagi terpilih untuk mengelola rancangan “Hemeko Show”.

Katanya, Song Ji-hyo perlu memberikan fokus kepada lakonan kini memandangkan naskhah terakhir lakonannya adalah pada 2021 iaitu “Witch’ Diner” selain hanya mempunyai satu filem yang masih belum ditayangkan iaitu “Meeting Home”. Wartawan itu meminta pelakon wanita berkenaan supaya mencari naskhah yang boleh menandingi populariti “Running Man” sekaligus membersihkan imejnya sebagai pelakon.

song jihyo

Selepas membaca artikel panjang itu, rata-rata netizen meninggalkan komen kurang memberangsangkan buat wartawan berkenaan. Kata mereka,

Peduli lah kat dia, nak jadi penghibur ke nak berniaga ke..

Sibuknya hal orang.

Ada orang yang berehat terus dari dunia seni kot, dan bukannya dia tak bekerja pun.

Kisah apa, dia hebat dalam kerjanya.

Wartawan sampah.

Ada ke pelakon wanita lain yang setekun ini dalam program hiburan dan lakonan selain Ji-hyo?

song jihyo

Melihatkan respon positif ramai buat Song Ji-hyo, ternyata wanita itu menerima sokongan ramai dari rakyat Korea memandangkan entri itu mempunyai lebih 200 komen kini selain dibaca oleh 50,000 pengguna.

Asalkan Song Ji-hyo bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...