Ikuti Kami:

Terkena Sumpahan? Kesemua Bekas Pengarah ‘Running Man’ Gagal Hasilkan Program Baru Popular

Terkena Sumpahan? Kesemua Bekas Pengarah ‘Running Man’ Gagal Hasilkan Program Baru Popular

Perasan tak yang “Running Man” sebenarnya sudah beberapa kali menukar pengarah utamanya sejak mula bersiaran pada 2010?

Walaupun mencipta nama dan pengaruh kerana mengarahkan rancangan popular berkenaan tapi sepertinya ramai pengarah yang terlibat gagal untuk mengekalkan momentum dengan program baru mereka selepas meninggalkan “Running Man”.

Jo Hyo-jin 

Pengarah asal yang menerbitkan rancangan SBS ini ialah Jo Hyo-jin di mana mereka meninggalkan program itu selepas 5 tahun bersama bagi menjalankan syarikat produksi sendiri dan tidak lagi terikat dengan mana-mana saluran televisyen rasmi. Meskipun menzahirkan idea hebat iaitu “Running Man” namun pengarah itu seakan-akan kekal dengan konsep yang sama apabila menghasilkan program lain di platform atas talian seperti “Busted” dan “The Zone: Survival Mission”. Malah ianya kelihatan seperti konsep ‘kitar semula’ kerana dia kerap menggandingkan Lee Kwang-soo dan Yoo Jae-suk dalam rancangan kelolaannya.

jo hyojin running man

Im Hyung-taek

Pengarah Im Hyung-taek yang turut sama dengan generasi Jo Hyo-jin juga meninggalkan program itu bersama namun sepertinya hanya terlibat dengan program ‘anak tiri’ “Running Man” iaitu “Outrun by Running Man” yang ditayangkan di platform atas talian. Hanya menampilkan tiga ahli iaitu Kim Jong-kook, Ji Suk-jin dan Haha, program ini walau bagaimanapun kurang mendapat sambutan dan tidak dipernaharui untuk musim baru.

Jung Chul-min

Pengarah lain yang sinonim dengan program ini ialah Jung Chul-min di mana dia mempunyai hubungan yang sangat akrab bersama kesemua ahli selain turut menghasilkan pelbagai idea segar untuk “Running Man” sebagai pengarah generasi ketiga. Pun begitu, ramai yang terkejut apabila lelaki itu memilih untuk berpindah ke stesyen penyiaran kabel iaitu tvN. Malah dia kerap membawa ahli lama “Running Man” seperti Yoo Jae-suk, Jeon So-min dan Yang Se-chan untuk program seperti “The Sixth Sense”, “The Skip Dating” serta “Apartment 404”. Namun resepsi penonton agak hambar untuk kesemua rancangan selepas “Running Man” apabila kesemuanya hanya meraih rating dalam lingkungan 1% sahaja.

jung chulmin running man

Choi Bo-pil

Semua pastinya tidak asing dengan Choi Bo-pil kan? Ini kerana lelaki ini merupakan pengarah generasi keempat yang seperti ‘rakan’ para ahli “Running Man” dan kerap menimbulkan tawa penonton dek ‘pertelingkahan’ manja antara satu sama lain pada saban episod. Punyalah popular, sampaikan akaun YouTube rasmi program tersebut kerap memuat naik kompilasi interaksi antaranya dan ahli lain. Meskipun terus kekal bersama SBS, program kelolaannya selepas meninggalkan “Running Man” seperti “No Math School Trip” tidak begitu popular dan terpaksa dengan rating rendah.

choi bopil running man

Kenapa agaknya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...