Setelah sekian lama menanti, adakah Song Ji-hyo akan datang menyapa peminat Malaysia tak lama nanti?
oUmum mengetahui bahawa pelakon wanita tersebut merupakan duta untuk jenama kecantikan Glutanex.
Terbaru, Glutanex Malaysia telah memuat naik satu entri yang menarik perhatian ramai di Instagram rasminya.
View this post on Instagram
Sepertinya jenama itu akan mengadakan sebuah acara menarik di Tropicana Gardens Mall pada 10 ke 13 November nanti.
Apa yang membuatkan semua tertanya-tanya ialah posternya yang menggambarkan seperti akan ada tetamu istimewa di acara itu nanti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berharap dan menjangkakan bahawa Song Ji-hyo bakal hadir untuk menyertai program itu,
Tolonglah datang Song Ji-hyo.
Saya kena tempah tiket ni kalau betul Song Ji-hyo datang.
Saya harapkan Song Ji-hyo.
Confirm pergi!
Haraplah datang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.