Ikuti Kami:

Song Jihyo Akui Pernah Terasa Dengan Ahli ‘Running Man’ Tapi Kenapa?

Song Jihyo Akui Pernah Terasa Dengan Ahli ‘Running Man’ Tapi Kenapa?

Menjadi tetamu “Problematic Child In House” bagi menyokong episod pertama Kim Jong-kook sebagai hos program berkenaan, Song Ji-hyo telah berkongsi banyak cerita dengan semua.

Dalam episod ini, Song Ji-hyo mendedahkan bahawa Kim Jong-kook dan Yoo Jae-suk ialah ahli “Running Man” yang paling kuat membebel sekali. Apabila ditanya siapa yang ‘terbaik’,

Keduanya berbeza. Yoo Jae-suk banyak menegur mengenai hal program.

song jihyo

Balas Kim Jong-kook,

Yoo Jae-suk adalah lebih skema dan saya seperti mentor. Saya adalah lebih seperti manusia. Mendengar bebelan Yoo Jae-suk seperti berada dalam kelas tapi bebelan saya lebih natural.

Tak cukup dengan itu, pelakon wanita itu turut berkongsi mengenai kisah di mana dia terasa hati dengan ahli “Running Man” ketika parti makan malam program itu. Katanya,

Semasa di parti itu, kesemua ahli lelaki asyik bertukar pandangan sesama sendiri tanpa saya.

song jihyo

Rupanya mereka yang lain sudah merancang untuk menyambung parti itu di tempat lain. Jelas Song Ji-hyo,

Saya berasa geram lantas menyorok di kerusi belakang kereta Lee Kwang-soo. Kemudian, saya mengikut masa ke tempat itu sekali dan akhirnya kami sama-sama berseronok.

Jangan main-main dengan Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...