Ikuti Kami:

Song Jihyo Akui Pernah Pengsan Di Penggambaran ‘Running Man’

Song Jihyo Akui Pernah Pengsan Di Penggambaran ‘Running Man’

Bukan mudah menjadi seorang pelakon dan penghibur dalam masa yang sama.

Menerusi program “Tteokbokki Brothers”, Song Ji-hyo berkongsi pelbagai cerita mengenai dirinya.

Antara soalan yang ditanya ialah sama ada dia boleh mengimbangi kehidupan lakonan dan berhibur.

Sebenarnya pada awal ‘Running Man’, saya pernah pengsan sekali. Apabila menjalani penggambaran drama, saya akan mempunyai sehari untuk berehat. Tapi ketika waktu berehat itu, saya perlu menjalani rakaman untuk ‘Running Man’.

song jihyo

Jelasnya lagi,

Badan saya tak mampu bertahan dan saya jatuh pengsan. Disebabkan itu, ada seminggu ke dua minggu saya tak menyertai rakaman ‘Running Man’. Saya tefikir, ‘Apabila saya cube memberikan tenaga yang sama untuk setiap aktiviti, badan saya tak mampu menahannya.

song jihyo

Kemudian,

Drama perlu dilayan seperti drama dan satu hari untuk ‘Running Man’, saya akan pergi dengan hati yang ringan seperti berjalan. Apabila saya berseronok di ‘Running Man’ seperti itu, saya mula berasa seronok ketika penggambaran drama.

Mendengarkan luahan Song Ji-hyo itu, pelakon Lee Yi-kyung turut meluahkan rasa yang sama dengannya.

song jihyo lee yikyung

Dalam pada itu, Ji Suk-jin turut berkongsi kisah kelakar mengenai Song Ji-hyo yang sangat senang untuk tidur pada bila-bila masa sahaja.

Dia pernah tidur di bangku hadapan rumahnya kerana mabuk.

Bukan senang nak bahagikan masa kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...