Ikuti Kami:

Song Hyekyo vs Park Eunbin? Netizen Teka Bakal Pemenang Pelakon Wanita Terbaik ‘Anugerah Baeksang Ke-59’

Song Hyekyo vs Park Eunbin? Netizen Teka Bakal Pemenang Pelakon Wanita Terbaik ‘Anugerah Baeksang Ke-59’

Sepertinya akan ada persaingan sengit antara drama “Extraordinary Attorney Woo” dan “The Glory” untuk Anugerah Baeksang ke-59.

Pada pagi ini, sekretriat anugerah berkenaan telah berkongsi kesemua kategori yang dipertandingkan pada tahun ini termasuklah dengan calon-calon yang telah disenarai pendek.

Antara pencalonan itu, barisan pelakon yang dipertandingkan untuk kategori ‘Pelakon Wanita Terbaik’ bagi Televisyen nyata menjadi bualan hangat peminat K-Drama. Ini kerana ia dipenuhi dengan nama hebat seperti Kim Ji-won (“My Liberation Notes”, Kim Hye-soo (“Under The Queen’s Umbrella”), Park Eun-bin (“Extraordinary Attorney Woo”), Song Hye-kyo (“The Glory”) dan Suzy (“Anna”).

song hyekyo park eunbin

Pun begitu, nama yang disebut sebagai mempunyai potensi tinggi untuk menang kategoari tersebut ialah Song Hye-kyo dan Park Eun-bin memandangkan kedua-dua drama lakonan mereka berjaya mencipta sindrom sehingga ke luar negara menerusi laman penstriman Netflix.

Untuk pengetahuan, Anugerah Baeksang ke-59 bakal bersiaran secara langsung di JTBC dan TikTok pada 28 April nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...