Persembahan lakonan yang ditonjolkan Song Hye-kyo dalam “The Glory” nyata tak menghampakan apabila wanita itu berjaya merangkul anugerah hebat pada malam ini.
Pada malam tadi, telah berlangsung Anugerah Baeksang 2023 di Hotel Paradise City di Incheon di mana ia dihoskan oleh Shin Dong-yeop, Suzy dan Park Bo-gum.
Berjaya mengalahkan ramai saingan hebat, Song Hye-kyo berjaya membawa pulang anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik’. Ucapnya tersenyum,
Saya sangat mahu menerima anugerah ini. Terima kasih kerana menganugerahkannya buat saya. Sambil berdiri sini, saya terbayang setiap staf yang bekerja dengan saya untuk ‘The Glory’. Moon Dong-eun tak akan wujud tanpa mereka.
Sambungnya,
Dapat bekerja bersama penulis Kim Eun-sook merupakan satu kegemilangan buat saya. Walaupun penggambaran sangat sukar dan menyakitkan, saya meraih keinginan untuk bekerja lebih keras dan berlakon lagi. Terima kasih.
Dalam pada itu, “The Glory” turut merangkul Anugerah ‘Drama Terbaik” di majlis yang sama.
Tahniah Song Hye-kyo!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉