Ikuti Kami:

Im Jiyeon Sebut Nama Kekasih Lee Dohyun Ketika Ucapan Kemenangan Di Anugerah Baeksang 2023

Im Jiyeon Sebut Nama Kekasih Lee Dohyun Ketika Ucapan Kemenangan Di Anugerah Baeksang 2023

Sejak hubungan mereka didedahkan, sepertinya Lee Do-hyun & Im Ji-yeon jarang menyebut mengenai satu sama lain.

Pun begitu, pelakon wanita itu mengumpulkan keberanian apabila menyebut nama teman lelakinya secara terbuka semasa menerima anugerah ‘Pelakon Pembantu Terbaik’ di Anugerah Baeksang 2023 yang sedang berlangsung kini.

Ucapnya sambil menahan tangisan,

Terima kasih kerana memberikan saya anugerah besar ini. Saya berterima pada penulis Kim Eun-sook dan pengarah AHn Gil-ho yang merupakan ‘kemegahan’ saya dan memberikan peluang ini.

im jiyeon

Sambungnya,

Saya bersyukur pada Song Hye-kyo yang melengkapi kekurangan saya, rakan-rakan lain dan juga Lee Do-hyun.

Im Ji-yeon turut meluahkan keraguan yang dialaminya sepanjang bergelar pelakon selain mengakui masih takut dengan lakonan.

Saya akan pastikan saya menjadi pelakon yang hebat membawa watak diberikan.

im jiyeon

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...