Sepertinya kisah percintaan Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun bukan lah rahsia dalam kalangan komuniti peminat mereka?
Terbaru, sebuah entri di laman komuniti Korea kembali tular di mana individu yang memuat naiknya meramal hubungan kedua pelakon itu pada bulan lalu. Tajuknya itu nyata menarik perhatian ramai iaitu “IJM LDH sedang bercinta dan saya tahu ianya Lee Do-hyun tapi IJM siapa”.
Balas beberapa peminat lain, “Siapa kekasih Lee Do-hyun?”, “Dengar cerita dia Im Ji-yeon” dan pelbagai lagi.
Walau bagaimanapun, entri itu tidak mendapat sambutan hangat dan hanya menjadi perbualan beberapa orang yang benar-benar ingin tahu mengenai kesahihan khabar angin itu.
Sepertinya tebakan peminat itu tepat apabila Dispatch berkongsi beberapa foto Im Ji-yeon dan Lee Do-hyun di mana mereka saling berjanji temu di rumah masing-masing selepas mula rapat daripada bengkel “The Glory” pada tahun lepas.
Malah hal itu sendiri disahkan oleh agensi kedua mereka di mana mereka dikatakan sedang mengenali hati budi masing-masing kini dan meminta sokongan baik daripada khalayak umum.
Untuk pengetahuan, Im Ji-yeon dilahirkan pada 1990 manakala Lee Do-hyun dilahirkan pada 1995 menjadikan jarak umur sebanyak 5 tahun antara mereka.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉