Siap sedia semua untuk saksikan drama baru yang akan dibintangi ramai pelakon hebat!
Terbaru, Netflix telah mengesahkan Jeon Do-yeon, Kim Go-eun, Park Hae-soo dan Ji Seon-kyu akan terajui drama Netflix baru berjudul “The Price of Confession”.
Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan tentang dua wanita yang terlibat dalam satu kes pembunuhan yang sama. Di mana, salah seorang dari mereka disyaki membunuh suaminya dan seorang lagi dikenali sebagai ahli sihir.
남편이 죽었다. 내가 용의자로 몰렸다. 그리고, 마녀라 불리는 여자가 접근했다.
미스터리 스릴러 <자백의 대가>, 전도연, 김고은, 박해수, 진선규 캐스팅 확정. 오직 넷플릭스에서. pic.twitter.com/SOWBbWnWTO
— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) July 29, 2024
Sebelum ini, Song Hye-kyo dan Han So-hee telah menerima tawaran untuk terajui drama yang sama namun terpaksa menolaknya atas sebab tertentu.
Nantikan info lanjut mengenai “The Price of Confession”!