Ikuti Kami:

“Serius La” – ‘Caring’ Jaga Kekasih, Netizen Gembira Lihat Bukti Lee Minho & Kim Goeun Sedang Bercinta Kini

“Serius La” – ‘Caring’ Jaga Kekasih, Netizen Gembira Lihat Bukti Lee Minho & Kim Goeun Sedang Bercinta Kini

Pernah bekerjasama menerusi drama “The King: Eternal Monarch”, Lee Min-ho dan Kim Go-eun sekali lagi terpalit dalam khabar angin percintaan.

Kini, Kim Go-eun sedang membintangi filem barunya iaitu “Exhuma”, yang telah berjaya meraih 6 juta tontonan hanya dalam masa 11 hari tayangan.

Terbaru menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok, Kim Go-eun dilihat sedang dalam perjalanan untuk mempromosikan filemnya itu. Namun, salah seorang pengawal peribadinya telah meraih perhatian ramai.

Khususnya, lelaki itu juga merupakan pengawal peribadi buat Lee Min-ho, menimbulkan khabar angin mengenai hubungan percintaan antara mereka.

lee minho kim goeun

Apatah lagi sebelum ini, ketika Lee Min-ho bercinta dengan Suzy, dia juga sering menghantar pengawalnya untuk menjaga wanita itu ketika dia sedang bekerja.

Selepas melihat pengawal Lee Min-ho yang menjaga Kim Go-eun, netizen mendakwa bahawa memang benar mereka sedang menjalinkan hubungan kini.

Namun sehingga kini, masih belum ada apa-apa pengesahan atau respon dari agensi mengenai dakwaan tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...