Ikuti Kami:

“Kalau Sorok, Awak Akan..” – Buka Kisah Sebenar, Jessica Jung Bongkar Dakwaan Idola K-Pop Dilarang Untuk Bercinta

“Kalau Sorok, Awak Akan..” – Buka Kisah Sebenar, Jessica Jung Bongkar Dakwaan Idola K-Pop Dilarang Untuk Bercinta

Betul ke agensi hiburan di Korea memang tidak akan mengizinkan artis mereka untuk bercinta?

Sebelum ini, Jessica Jung telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan podcast ‘The Daily Ketchup’, di mana wanita itu ada berkongsi kisahnya sebagai ahli GIRLS’ GENERATION, pengalaman menjadi seorang idola K-Pop dan banyak lagi.

Salah satu topik yang menarik perhatian adalah apabila Jessica mendedahkan sama ada memang benar syarikat hiburan melarang artis mereka untuk menjalinkan hubungan. Kongsinya,

Saya rapat dengan pekerja dan semua pengurus di sana. Jadi saya sangat jujur dan terbuka tentang segala-galanya mengenai hubungan saya, siapa saya temui atau dengan siapa yang saya nak bercinta atau apa sahaja. Jika saya jujur, mereka sebenarnya akan lebih menyokong dan mereka akan membantu awak. Tetapi jika awak sorok dan melakukan perkara di belakang mereka, awak akan menimbulkan masalah.

Soal salah seorang pengacara,

Oh jadi mereka sebenarnya akan menjaga awak dan bukannya ingin menjaga penjenamaan awak, untuk sentiasa kekal bujang dan lebih diingini?

jessica jung

Jawab Jessica,

Bukan itu sebenarnya. Cuma mereka tidak mahu masalah yang menimpa pasukan, syarikat atau artis. Tetapi bagaimana awak mengawalnya? Awak perlu jujur dan terbuka dengan mereka, dan bercakap mengenainya. Jika awak tahu apa yang akan berlaku, awak boleh bersedia.

Betul juga kan. Kalau mereka jujur, senang la syarikat nak bersedia untuk apa-apa yang akan berlaku.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...