Ikuti Kami:

“Song Hyekyo Bawa Kami Makan..” – Lim Jiyeon Ulas Hubungan Rapat Pelakon ‘The Glory’

“Song Hyekyo Bawa Kami Makan..” – Lim Jiyeon Ulas Hubungan Rapat Pelakon ‘The Glory’

Song Hye-kyo tidak dinafikan adalah salah seorang selebriti yang sering mempunyai hubungan baik dengan setiap rakan pelakonnya.

Baru-baru ini, Lim Ji-yeon dari “The Glory” telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Cosmopolitan Korea.

Dalam video temu bual yang dikeluarkan di YouTube, pelakon itu mendedahkan sebab dia memutuskan untuk membintangi drama “The Glory”,

Ketika saya mula-mula membaca skrip, saya terpikat dengan setiap watak. Saya setuju kepada peranan yang ditawarkan kerana saya mahu memainkan watak penjahat.

Kemudian, Lim Ji-yeon turut berkongsi persahabatannya bersama pelakon lain dari drama Netflix itu dengan menyatakan,

Kami sering bercakap tentang makanan dan haiwan peliharaan di set. Semua orang rapat antara satu sama lain.

Kongsinya lagi,

Song Hye-kyo membawa kami semua ke restoran perut babi yang enak. Kami sering meluangkan waktu sepanjang masa.

Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” bakal disiarkan pada 10 Mac nanti. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...