Ikuti Kami:

“Sampai Takut Nak Jumpa Dia..” – Lee Donghwi Puji Lakonan Lim Jiyeon Dalam ‘The Glory’

“Sampai Takut Nak Jumpa Dia..” – Lee Donghwi Puji Lakonan Lim Jiyeon Dalam ‘The Glory’

Memang tidak dinafikan, watak Lim Ji-yeon dalam “The Glory” amat meninggalkan kesan pada penonton.

Terbaru, pelakon Lee Dong-hwi telah terlibat dengan satu temu bual khas untuk filemnya akan datang “Someone You Loved”.

Khususnya ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu meluahkan minatnya pada drama “The Glory”, sambil memuji lakonan Lim Ji-yeon yang memainkan watak sebagai Park Yeon-jin.

Saya seronok menonton ‘The Glory’. Saya sudah lama kenal Lim Ji-yeon dan lakonannya mengagumkan.

Tambah pelakon “Big Bet” itu lagi,

Saya terlalu ‘tenggelam’ dalam drama sehingga saya ingin meninggalkan komen setiap kali Lim Ji-yeon memuat naik entri baru. Tetapi itu akan membuatkan saya kelihatan bodoh, jadi saya menahan diri.

lee donghwi lim jiyeon

Sambung Lee Dong-hwi mengenai lakonan Lim Ji-yeon,

Dia kelihatan sangat menakutkan dengan semua ekspresinya yang sengit dalam drama itu. Saya sangat tertarik dengan cerita itu sehingga saya menjadi takut untuk bertemu dengannya secara bersemuka.

Lain macam tau impak lakonan Lim Ji-yeon.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...