Ikuti Kami:

“Fokus Filem Je..” – Lee Donghwi Cuba Elak Jawab Soalan Berkaitan Teman Wanitanya Jung Hoyeon

“Fokus Filem Je..” – Lee Donghwi Cuba Elak Jawab Soalan Berkaitan Teman Wanitanya Jung Hoyeon

Umum pasti mengetahui bahawa pasangan Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon sedang menjalinkan hubungan sejak 2015 lagi.

Baru-baru ini, Lee Dong-hwi telah terlibat dengan sesi temu bual bagi mempromosikan filemnya akan datang berjudul “Someone You Loved”, yang menggambarkan perpisahan realistik antara pasangan Jun-ho (Lee Dong-hwi) dan Ah-jeong (Jung Eun-chae).

Khususnya ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu ditanya sama ada teman wanitanya iaitu Jung Ho-yeon sudah pun menonton filem berkenaan. Agak keberatan untuk menjawab, Lee Dong-hwi memberi respon,

Saya hanya mahu memberi fokus pada soalan mengenai filem ini sahaja. Kerana hal itu sering menjadi isu, saya merasakan agak tak elok untuk hanya menfokuskan tentangnya.

jung hoyeon lee donghwi

Kemudian apabila ditanya tentang personalitinya sebagai seorang teman lelaki, dia berhati-hati menjawab,

Saya merupakan seseorang yang tidak mempunyai sebarang keistimewaan. Saya melakukan sebanyak mana dilakukan orang lain, ada ketika saya juga tak mampu melakukan sesuatu.

Dalam pada itu, filem “Someone You Loved” akan mula disiarkan pada 8 Februari ini.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...