Son Ye-jin mungkin akan menyertai drama akan datang “Variety”.
Terbaru, dilaporkan bahawa pelakon wanita itu telah menerima tawaran untuk membintangi drama “Variety”. Sebagai respons kepada laporan itu, wakilnya dengan berhati-hati menyatakan,
Memang benar dia menerima tawaran, tetapi dia masih menilai skrip tersebut.
Wakil dari CJ ENM, syarikat produksi drama itu, turut berkongsi,
Kami memang menawarkan watak itu kepada Son Ye-jin, tetapi kerana projek ini masih di peringkat awal, tiada apa yang disahkan lagi. Perincian seperti jadual siaran dan keputusan pelakon lain masih belum ditentukan.
“Variety” ialah sebuah drama thriller baharu yang berlatarbelakangkan industri idola dan merupakan projek terbaru oleh pengarah Kim Yong Hoon, yang terkenal dengan siri Netflix “Mask Girl.” Malah drama itu akan disertai oleh idola aktif dan bekas idola bagi menyampaikan sisi realistik plotnya.
Son Ye-jin dilaporkan telah ditawarkan watak seorang yang berkarisma, tajam, dan lantang—watak yang dikatakan serupa dengan bekas CEO ADOR, Min Hee-jin.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.