Bagi mempromosikan filem “Harbin”, Hyunbin serta barisan pelakon lain dilihat telah ke beberapa rancangan hiburan popular Korea bagi berkongsi lebih mengenainya.
Terbaru, Hyunbin, Jeon Yeo-bin, Park Jung-min dan Park Hoon telah melawat “ZzanBro” bagi bercerita tentang filem berkenaan. Walau bagaimanapun, Hyunbin sempat menyelit beberapa kisah mengenai isterinya, Son Ye-jin serta anak mereka.
Bahkan kisah itu dipenuhi dengan kata-kata yang mengagungkan isterinya sehingga membuatkan ramai netizen terbuai. Antara pujian yang diberikan ialah,
Isteri dan anak terikat di kedudukan pertama sebagai keutamaan saya.
Jelasnya mengenai perkahwinan di mana dia sedar untuk meletakkan yang lain sebagai keutamaan,
Rasanya seperti kewujudan saya perlahan-lahan beralih ke latar belakang… apabila anda berkahwin, anda melangkah ke belakang. Dan apabila seorang anak dilahirkan, anda melangkah lebih jauh ke belakang.
Bukan itu sahaja, Hyunbin ternyata menghormati Son Ye-jin ke peringkat tertinggi,
Isteri ialah ratu, anak ialah putera raja.
Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat Hyunbin yang kian berubah kini di mana dia kelihatan lebih selesa untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.
Cemburu kan tengok mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.