Semuanya pasti teringat kan kegembiraan apabila mendengar khabar berita Son Ye-jin dan Hyunbin menimang cahaya mata dua tahun lalu kan?
Baru-baru ini, pasangan itu dilihat senang berkongsi mengenai perkembangan anak lelaki mereka yang sudah menjangkau usia 2 tahun kini. Meskipun mendedahkan sebelum ini bahawa anak itu yang digelar ‘Alkongie’ dilahirkan pada 27 November namun netizen perasan satu percanggahan baru.
Hyunbin telah mendedahkan kisah bagaimana dia menjalani penggambaran filem “Harbin” di mana ia berlangsung selepas kelahiran anaknya. Khabarnya, dia bersyukur kerana Alkongie lahir sehari sebelum upcara ucap selamat untuk filem itu yang berlaku pada 14 November.
When you just realized Alkong wasn’t really born on 27th November… pic.twitter.com/lNkWD9YezM
— V (@v_lovez) December 19, 2024
Lantas peminat menebak bahawa anak itu lahir pada tarikh 13 November dan bukannya pada tarikh yang disebut dalam pengumuman rasmi agensi mereka sebelum ini.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.