Ikuti Kami:

Son Sukku Tolak, Kim Seonho Dilamar Terajui ‘Can Love Be Translated’

Son Sukku Tolak, Kim Seonho Dilamar Terajui ‘Can Love Be Translated’

Nampaknya Kim seon-ho semakin sibuk dengan tawaran pelbagai naskhah kini!

Menurut laporan media, Kim Seon-ho menerima tawaran untuk menerajui drama garapan Hong Sisters iaitu “Can Love Be Translated”.

Respon agensinya,

Kim Seon-ho ada menerima tawaran dari ‘Hong Sisters’ untuk drama terbaru ‘Can Lobe Be Translated?’ dan sedang menelitinya secara positif.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah cinta penuh luka di mana seorang lelaki yang bekerja untuk menterjemah bahasa berkenalan dengan seorang wanita yang bercakap bahasa cinta berlainan dengannya. Dari situ, mereka memahami dan melalui salah faham antara satu sama lain.

kim seonho

Terdahulu, Son Suk-ku menerima tawaran untuk drama itu namun terpaksa menolaknya kerana ada hal peribadi.

Dalam pada itu, Kim Seon-ho sedang mempromosikan filem “The Childe” selain turut menjalani penggambaran untuk filem “Tyrant”.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...