Ikuti Kami:

“Mereka Terseksa..” – Kim Seonho Akui Masih Teringat ‘Hometown Cha Cha Cha’

“Mereka Terseksa..” – Kim Seonho Akui Masih Teringat ‘Hometown Cha Cha Cha’

Sedar tak sedar, dah 2 tahun “Hometown Cha Cha Cha” menamatkan siaran.

Bagi yang tidak mengetahui, drama itu membawa kisah sekumpulan individu yang tinggal di kampung persisiran pantai dan ia juga merupakan drama terakhir Kim Seon-ho sebelum terpalit dengan kontroversi melibatkan bekas teman wanitanya.

Terbaru, lelaki itu yang kembali aktif kini menyertai sebuah temubual bersama majalah Arena Homme Plus. Dalam pelbagai topik yang dibincangkan, soalan yang paling menarik perhatian ramai ialah mengenai watak paling diingatinya,

‘Hometown Cha Cha Cha’. Apabila tiba musim panas yang terik, saya akan teringatkannya. Mereka yang terseksa dan bergembira bersama saya. Disebabkan watak saya merupakan seseorang yang disayangi semua, ia merupakan satu ketika yang bahagia buat saya sebagai pelakon dan sebagai diri sendiri.

kim seonho

Tambahnya lagi,

Du-shik, apa khabar? Saya rasa awak dan Hye-jin akan gembira bersama. Saya harap awak buat kenangan indah sambil bergelak ketawa untuk jangka masa yang lama.

Jawab Kim Seon-ho mengenai ‘apa itu bahagia buatnya kini’,

Kebahagiaan setiap hari ialah apabila semua di sekeliling saya tersenyum. Makan makanan sedap bersama dan melihat mereka senyum membuatkan saya gembira.

“Hometown Cha Cha Cha” memang best!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...