Utama Drama Korea Son Sukku & Kim Dami Dilamar Bergandingan Dalam Drama Jenayah ‘Nine Puzzle’

Son Sukku & Kim Dami Dilamar Bergandingan Dalam Drama Jenayah ‘Nine Puzzle’

son sukku kim dami

Mungkinkah kita akan dapat melihat pasangan K-Drama terbaik untuk abad ini tak lama lagi?

Menurut laporan media, Son Suk-ku dan Kim Da-mi mungkin bergandingan dalam drama misteri “Nine Puzzle” yang membawa kisah seorang wanita ‘Yina’ yang menjadi saksi dan suspek dalam satu kes pembunuhan 10 tahun lalu. Kini, dia menjadi profiler penjenayah dan cuba merungkai kebenaran sebalik insiden itu bersama polis ‘Hansem’ yang menyangka dia pembunuhnya.

son sukku kim dami

Respon wakil Kakao Entertainment mengenai berita ini,

Kami melamar Son Suk-ku dan Kim Da-mi untuk muncul dalam ‘Nine Puzzle’ dan sedang menelitinya kini.

Semoga mereka menerima tawaran ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERStar In
Loading...