Ikuti Kami:

Peminat K-Drama Teka Son Sukku & Song Jihyo Bakal Terajui Drama Romantik Bersama?

Peminat K-Drama Teka Son Sukku & Song Jihyo Bakal Terajui Drama Romantik Bersama?

Kenapa dua nama yang tidak dijangka ini secara tiba-tiba dikaitkan bersama?

Baru-baru ini, berterbangan khabar angin di beberapa laman komuniti Korea mengenai kemungkinan barisan pelakon untuk sebuah drama romantik.

Khabarnya, Song Ji-hyo dan Son Suk-ku mungkin akan bertemu untuk drama “Can Love Be Translated?” di mana ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang bekerja sebagai jurubahasa dan seorang wanita yang bercakap bahasa cinta yang sama sekali berbeza dari bahasa cintanya sendiri.

son sukku

Disebabkan pendekatan yang berbeza tentang cinta, mereka berdua berulang kali salah faham antara satu sama lain dan kecewa kerana niat mereka hilang dalam terjemahan.

Pun begitu, rata-rata meluahkan keraguan memandangkan Song Ji-hyo ada menyebut bakal menyertai sebuah produksi drama pada bulan Mei ini namun katanya Son Suk-ku masih lagi sibuk dengan penggambaran filem kini. Jadi, agak sukar untuk mereka bertemu dalam naskhah yang sama buat masa ini,

Drama ini macam tak akan mula produksi dalam masa terdekat ini je..

 

Baru sahaja umum pelakon berpotensi, tak akan dah nak mula penggambaran.

 

Jadual Son Suk-ku macam tengah padat je..

song jihyo

Dalam pada itu, ada yang meluahkan keterujaan memandangkan kedua mereka hanya berbeza usia 2 tahun sahaja,

Tolonglah berlakon sama-sama pelakon sebaya sahaja..

Apa pun, ini hanyalah khabar angin sahaja. Sama-sama kita nantikan maklumat rasmi mengenai barisan pelakon drama ini nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...