Sepertinya isu kewangan yang melibatkan agesni Uzurocks Entertainment masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.
Baru-baru ini, agensi yang menaungi selebriti seperti Ji Suk-jin, Song Ji-hyo, Lee Hyun-woo dan ramai lagi didakwa gagal membayar pendapatan staf dan artis termasuklah tidak mampu menanggung kos pengangkutan dan pelbagai lagi buat semua.
Walau bagaimanapun, agensi itu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan gaji untuk bulan April akan dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan selain bayaran lain sudah diselesaikan.
Pun begitu, rata-rata peminat artis yang dipayungi agensi itu perasan terdapat segelintir staf yang terus meluahkan kerisauan mereka hingga kini.
Penumpang kini… dalam angin kencang dan hujan. Ianya bergegar sangat kuat.. Jangan tinggalkan tempat duduk dan ikuti kata-kata pramugari. Terima kasih.
Komen pengurus Song Ji-hyo tentang frasa di atas ini,
Di sini lah kita kehilangan kapten.
Meskipun tidak menyatakan secara terus namun peminat pelakon wanita itu menganggap seperti ia ditujukan buat situasi agensi itu yang dalam kesukaran kini. Malah ada staf lain yang mempersoalkan mengenai acara luar negara yang mungkin berlangsung tak lama lagi.
Hmmm..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉