Ikuti Kami:

“Baru Join” – Uzurocks Didakwa Tak Bayar Artis, Ramai Kesian Song Jihyo & Ji Sukjin Sering Tak Bertuah Pilih Agensi

“Baru Join” – Uzurocks Didakwa Tak Bayar Artis, Ramai Kesian Song Jihyo & Ji Sukjin Sering Tak Bertuah Pilih Agensi

Hari ini, industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita masalah kewangan dialami agensi Uzurocks yang menaungi beberapa artis popular.

Lapor media, agensi berkenaan sudah beberapa bulan lewat membayar gaji pekerja selain tudak melunaskan bayaran pengiklanan serta bayaran kemunculan dalam mana-mana projek para artisnya seperti Ji Suk-jin, Song Ji-hyo, Lee Hyun-woo dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, malah sekitar 10 pekerja diminta supaya meletakkan jawatan kerana masalah pengurusan dan syarikat itu dikatakan tidak mempunyai masa depan lagi.

uzurocks

Walau bagaimanapun, nafi agensi Uzurocks dalam kenyataan baru,

Kesemua gaji akan dibayar sekitar 10 April, pada tarikh asal bayaran. Kami ingin memaklumkan bahawa pembayaran suku tahun bagi artis di bawah naungan kami akan diberikan tanpa gagal pada tarikh ditetapkan.

Mendengarkan isu ini, ramai yang meluahkan rasa risau dengan masa depan Song Ji-hyo yang baru sahaja 6 bulan menyertai syarikat ini termasuklah Ji Suk-jin yang baru setahun bersama mereka.

Komen netizen,

Song Ji-hyo baru sahaja sertai tapi dia terpijak tahi (bermaksud malang). Tolonglah masuk syarikat yang elok ㅠ

 

Rasanya Ji Suk-jin pun belum lama bersama mereka..

 

Song Ji-hyo baru sahaja dengan agensi ini..

 

Gilalah..

 

Semoga Song Ji-hyo dinaungi agensi lebih baik ㅠ Semua agensinya agak bermasalah..

song jihyo uzurocks

Bagi yang tidak mengetahui, Song Ji-hyo sering terlibat dengan masalah bersama agensi lamanya seperti Creative ING yang dikatakan kurang memperomosikan kerjaya wanita itu selain memberikan jurugaya yang ‘tangkap muat’ sahaja. Ketika di C-Jes pula, peminat meminta dia meninggalkan agensi berkenaan kerana pemiliknya didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster.

Buat Ji Suk-jin pula, sebelum ini dia pernah menyertai agensi FNC Entertainment, namun terpalit dengan isu kurang manis iaitu kes berkaitan ramalan stok yang melanggar undang-undang. Malah Yoo Jae-suk turut mengundurkan diri daripada agensi itu selepas beberapa tahun sahaja bersama mereka.

Hmm… harap mereka baik-baik sahaja..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...