Ikuti Kami:

“Semua Orang Peramah” – Song Jihyo Kongsi Makanan Lokal Kegemaran & Sebab Sukai Malaysia

“Semua Orang Peramah” – Song Jihyo Kongsi Makanan Lokal Kegemaran & Sebab Sukai Malaysia

Sudah dua kali ke Malaysia dalam beberapa bulan ini, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya pendapat ahli “Running Man” itu mengenai negara ini.

Dalam sebuah temubual istimewa yang dijalankan oleh portal tempatan SAYS, wanita itu telah menjawab beberapa soalan semasa lawatannya ke K-Festa Beauty anjuran Watsons Malaysia baru-baru ini.

Jawab Song Ji-hyo mengenai apa yang disukainya mengenai Malaysia,

Malaysia sangat bebas, relaks dan menyenangkan. Semua orang sangat peramah dan saya suka tenaga kuat mereka.

Tambahnya,

Kotanya sangat cantik dan ia juga dipenuhi dengan alam semulajadi. Saya dapat melawan bangunan berkembar PETRONAS semalam dan saya dah lama ingin melawatnya. Saya juga merancang untuk menjamah makanan lokal hari ini.

Apabila ditanya makanan yang mahu dicubanya, pelakon wanita itu menjawab sambil tersenyum, ‘Laksa’.

Song Ji-hyo nampak seronok di Malaysia kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...