Ikuti Kami:

Son Dambi & Bekas Atlet Kebangsaan Lee Kyuhyuk, Umum Bakal Berkahwin Bulan Mei Ini

Son Dambi & Bekas Atlet Kebangsaan Lee Kyuhyuk, Umum Bakal Berkahwin Bulan Mei Ini

Son Dam-bi adalah selebriti Korea seterusnya yang akan berkahwin!

Pada tahun lepas, agensi bagi Son Dam-bi telah mengesahkan bahawa artis itu sedang bercinta dengan Lee Kyu-hyuk, iaitu bekas pemain luncur kebangsaan. Pada 25 Januari, hari ini, Son Dam-bi telah memuat naik foto surat tulisan tangan di Instagram peribadinya, di mana dia mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan kekasihnya pada bulan Mei ini. Berikut adalah ucapan penuh Son Dam-bi:

Hello. Ini ialah Son Dam-bi.

Selepas memikirkan cara untuk memberitahu anda semua, saya menulis surat ini kerana saya ingin memberitahu secara peribadi kepada semua orang dan bukannya daripada kata-kata orang lain.

Ada orang yang saya mahu hidup bersama. Apabila saya bersamanya, saya menjadi seperti diri saya sendiri, dan apabila saya bersamanya, saya tersenyum. Saya akan berkahwin dengan orang yang membuat saya sedar apa itu kebahagiaan, pada bulan Mei ini.

Saya sangat berterima kasih kepada peminat yang menyokong saya tanpa perubahan sejak saya debut. Hari ini, saya sangat gembira dikelilingi oleh sokongan daripada orang yang saya sayangi.^^ Saya benar-benar bersyukur.

Selepas berkahwin, saya akan terus bekerja secara konsisten dan menunjukkan sisi baik diri saya, dan saya akan berusaha untuk berkomunikasi dengan anda semua. Cuaca sangat sejuk, jadi sila berhati-hati agar tidak diserang selsema. Saya harap anda semua akan bergembira hari ini juga.

Terima kasih.

son dambi dan lee kyuhyuk

Tahniah buat Son Dam-bi & Lee Kyu-hyuk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...