Ikuti Kami:

Son Dambi Sah Bercinta Dengan Bekas Atlet Kebangsaan Lee Kyuhyuk

Son Dambi Sah Bercinta Dengan Bekas Atlet Kebangsaan Lee Kyuhyuk

Pagi ini, dunia hiburan Korea disapa dengan berita manis mengenai perhubungan cinta antara dua selebriti.

Menurut laporan media, Son Dam-bi dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan bekas atlet luncur Lee Kyu-hyuk sejak awal tahun ini.

Selepas berita itu dilaporkan, agensi Son Dam-bi mengesahkannya,

Memang benar Son Dam-bi sedang bercinta dengan Lee Kyu-hyuk, bekas atlet kebangsaan luncur laju.

Dalam pada itu, agensi Lee Kyu-hyuk turut mengakui hal berkenaan.

son dambi lee kyuhyuk

Untuk pengetahuan, Son Dam-bi memulakan karier sebagai penyanyi solo dan popular dengan lagu “Crazy” dan Saturday Night” sebelum mengubah haluan sebagai pelakon. Wanita itu pernah membintangi drama seperti “Mrs. Cops 2” dan “When The Camellia Blooms”.

Manakala Lee Kyu-hyuk pula ialah bekas atlet kebangsaan untuk acara luncur laju yang memegang rekod 4 kali kemenangan di kejohanan dunia selain menyertai Olimpik sebanyak 6 kali serta mencipta rekod dunia dalam acara 1000m pada 1997 dan 2001.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...